setiap satu waktu solat yang didirikan itu mempunyai manfaat dan kelebihan tersendiri.
Solat Subuh
Seseorang muslim yang bangun mendirikan solat subuh berada pada tiga waktu solat yang penting iaitu:
a. Bersiap sedia menghadapi waktu terbitnya matahari yang akan menurunkan kesan kelenjar pineal (organ kecil =0.1gm; berbentuk spt kon pokok pine dan terletak di antara 2 hemisfera (serebrum)- kiri dan kanan otak, dan di bahagian atas vntrikel ketiga pada saraf spina). Ia menghasilkan hormon melatonin; hormaon yang membantu melancarkan proses serta corak tidur dan jaga manusia) dan mengurangkan hormon melantonin serta mengaktifkan proses lain yang memerlukan sinaran matahari.
b. Waktu subuh adalah waktu untuk bersiap sedia mengaktifkan sistem saraf yang akan bekerja pada siangnya.
c. Bersiap sedia menggunakan tenaga yang dibekalkan kesan daripada pancaran cahaya matahari pada waktu pagi.
Keistimewaan Waktu Subuh
i. Disaksikan secara langsung oleh para malaikat.
Firman Allah swt dalam Surah al-Isra' (17:78) yang bermaksud:
"Dan dirikan solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat."
ii. Lambang kemenangan melawan godaan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Syaitan mengikat leher kalian ketika kalian sedang tidur dengan tiga ikatan. pada setiap ikatan syaitan membisikkan, Tidurlah! malam masih panjang.' Apabila kalian bangun lalu berzikir kepada Allah swt ikatan pertama terlepas.Apabila kalian berwuduk, ikatan kedua terlerai, kemudian apabila kalian solat, ikatan ketiga terlepas dan seterusnya bersemangat pada pagi itu. tetapi sekiranya kalian tidak bangun, pagi itu jiwa kalian menjadi malas. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
iii. bebas daripada terkena air kencing syaitan
Diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Mas'ud r.a belaiau berkata. "Telah diceritakan kepada RasulullahSAW mengenai suatu kejadian di mana seseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga menyebabkan dia tidak mendirikan solat. Rasulullah saw bersabda, "Syaitan sudah kencing di telinganya." (Hadith riwayat Bukhari)
iv. Mendapat pahala seperti solat satu malam
Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa sahaja solat Isyak berjemaah, seolah-olah dia sudah solat setengah malam. Barangsiapa yang solat subuh berjemaah, dia seakan -akan melaksanakan solat malam semalam suntuk." (Hadith riwayat Bukhari)
v. Mendapat kilauan cahaya yang terang pada hari kiamat
Sabda Rasulullah SAW: " Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat." (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah)
vi. Diampuni dosa-dosanya
Diriwayatkan daripada bapanya Sahl bin Mu'adz bin Anan al Juhani, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa sahaja yang tetap duduk di tempat solatnya selepas menunaikan dua rakaat solat subuh sehingga diaa melaksanakan solat dhuha, dan dia tidak berkata-kata kecuali kata-kata yang baik, dosa-doasnya diampunkan oleh Allah SWT, walaupun dosanya lebih banyak daripada buih di lautan." Hadith riwayat Abu Daud)
vii. Diselamatkan daripada panasnya api neraka
Rasulullah SAW bersabda: " Tidak masuk neraka orang yang mendirikan solat sebelum matahari terbit (solat subuh) dan solat sebelum matahari terbenam (solat asar)." Hadith riwayat Muslim dan Ahmad.
viii. Jaminan masuk syurga
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa solat pada dua waktu yang dingin, iaitu solat Isyak dan Subuh, dia akan masuk syurga." (Hadith riwayat Bukhari)
ix. Rezekinya dilapangkan oleh Allah SWT
Sebagaimana yang diriwayatkan dalan sebuah keterangan yang dikutip daripada kitab al-Targhib wa al-Tarhib, "Pada suatu ketika, sesudah Rasulullah mendirikan solat subuh, baginda saw pulang dan mendapati puterinya, Fatimah masih tidur. Lalu baginda mambalik-balikkan tubuh Fatimah sambil berkata, "Wahai Fatimah, bangunlah kerana Allah swt memberikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya antarab solat subuh hingga terbit matahari."(Hadith riwayat al-Mundziri, no 2747)
x. mendapat perlindungan Allah swt.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menunaikan solat subuh, dia berada dalam lindungan Allah swt. janganlah sampai Allah SWT menarik jaminan-Nya kepada kalian dengan sebab apa sekalipun. kerana siapa sahaja yang jaminannya ditarik balik oleh Allah dengan apa sebab sekalipun, jaminan itu akan hilang daripanya. kemudian Allah SWT melemparkannya ke neraka jahanam.' (Hadith riwayat Muslim, Tirmidzi, dan Ibnu Majah. )
xi. Mendapat pahala seperti megerjakan haji dan umrah
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian solat dhuha, maka dia akan beroleh pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna...,sempurna...,
sempurna. (Hadith riwayat at-Tirmidzi)
xii. Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda dan seterusnya berdoa; "Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi hari mereka." (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu majah)
*dipetik dari buku 'Solat dan keajaibannya' oleh Allahyarham Dato' Haji Ishak Baharom.