Tinggallah Ingatan Rakan-rakan Blogger Di sini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 25 August 2011

SUDIKAH KITA DITEGUR....

Sejauhmana kita sudi ditegur adalah sejauhmana kita mahu mendengar kebenaran kekurangan, kesilapan, kesalahan diri kita dari orang lain terutama daripada orang-orang yang terdekat dengan kita, suami, isteri, ibu,bapa, mentua, abang, kakak, adik, atau yang lebih tua atau lebih muda dari kita. Apa yang menyebabkan kita sukar menerima teguran kerana kita sentiasa berasa dan berfikir kita betul,benar, dan rasa selamat dengan kebaikan yang pernah kitalakukan. Kita sentiasa berfikir bahawa 'syurga itu dekat dan neraka itu jauh', kita rasa dan fikir hidup itu panjang dan mati itu jauh, kita terlalu yakin amalan kebajikan menjadikan kita rasa selamat sehingga kita lupa kita manusia biasa yang ada kesilapan dilakukan tanpa kita sedari ia suatu kesalahan dan suatu dosa. Ya, yang pasti kita sombong dan degil.

       Kita bercakap atau berkata-kata atau bertingkah laku tanpa memperkira kelukaan orang yang mendengar dan melihat. Apa yang kita mahu kehendak dan keinginan kita dipenuhi dan diikuti sehingga kita sanggup mengenepikan perasaan, kehendak dan keinginan orang lain. Bukankah ini juga suatu dosa...seingat kita pernahkah ibu, ayah, mentua, suami atau isteri kita tidak memenuhi kehendak kita....apa salahnya kita mendengar permintaan, teguran dan nasihat mereka kerana mereka insan-insan yang berjasa terhadap kita dan penyebab kebahagiaan kita.

Sebagai anak terutama anak lelaki kita perlu sentiasa merendah diri di hadapan mereka, usah menunjukkan kita ini lebih bijak dari mereka kerana asalnya kita ini jahil dan menjadi bijak atas jasa mereka. Jadi belajar mendengar nasihat dan teguran walauun perkara tersebut kita sudah tahu. Ingat ia adalah peringatan dan muhasabah untuk kitasebab kekadang kita lupa dan lalaidan selalu take for granted kerana kita dah tahu. mungkin mereka tiada ijazah bergulung tetapi sangat kaya dengan pengalaman yang tidak dapat diperolehi di bilik darjah atau di dewan kuliah.  Sebagai suami kita harus melihat amanah untuk menegur dan mendidik isteri dengan sentiasa mengingati isteri untuk tidak menuruti nafsunya yang sembilan...(sehingga kita pula dikawal oleh nafsu isteri). Kita harus mendidik isteri mengutamakan Allah swt, Rasulullah SAW dan suaminya dan memuliakan dan menyayangi keluarga suaminya. Kita sebagai menantu pula menghormati dan menyayangi mentua dan keluarga isteri. Namun dalam meletakkan keutamaan dan kebaktiaan adalah kepada kedua ibu bapa selagi mana mereka masih hidup...jika sudah tiada silaturahim kita dengan ahli keluarga yang masih ada diteruskan. Sebagai isteri , manantu dan ipar kita harus bersedia menerima teguran dan nasihat dari suami, mentua,ipar kerana mereka mahukan kita sentiasa dalam kebaikan dan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Sebagai kakak dan abang apa salahnya kita memecah sedikit keegoaan untuk menerima kata-kata yang membawa kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.Sebagai adik juga apa salah kita mendengar dengan sabar nasihat dan teguran kakak dan abang kerana tiada yang mahu melihat kita binasa di dunia apatah lagi di akhirat.

Diri ini juga banyak kesalahan dan dosa yang dilakukan tegurlah diri ini demi akhiratnya kerana suami, ibu bapa, mentua, adik beradik dan ipar adalah cermin yang sedia menunjukkan kecelaan di 'wajah'. Suamiku isterimu ini sentiasa ingin melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh ketakwaan dan kita sentiasa meletakkan keutamaan Allah swt, Rasulullah SAW dan kedua ibu bapa kita dan anak-anak yang mewarnai kehidupan yang sementara ini dan sementara kita diberi peluang untuk melakukanya.....setiap hari adalah hari kita memperbaiki diri......dan esok belum pasti kita berpeluang lagi...

Monday 22 August 2011

Sejauh mana kita ikhlas


Ikhlas merupakan salah satu amalan hati bahkan ia berada di barisan permulaan dari segala amalan-amalan hati yang lain.Ini kerana semua amalan tidak sempurna kecuali dengan keikhlasan. Ikhlas bermaksud menginginkan keredhaan Allah semata-semata tanpa dinodai dengan nilai kepentingan peribadi atau kepentingan dunia yang lain secara jelas atau tersembunyi. Antara kepentingan peribadi atau duniawi ialah inginkan harta, memuaskan nafsu syahwat, kedudukan, supaya dihormati/disanjungi,tidak ingin dicela, atau berhasrat mengambil kesempatan, mempunyai perasaan dengki yang tersembunyi atau sombong yang terselindung dan sebagainya. Semua yang dilakukan kerana selain dari mencari keredhaan Allah makaia tidak dikira ikhlas.

Keikhlasan yang dilakukan kerana Allah swt merupakan salah satu buah-buah tauhid yang sempurna kepada Allah swt iaitu menunggalkan ibadah dan isti'anah (memohon pertolongan) kepada Allah swt seperti yang disebut dalam Surah al Fatihah ayat 5 yang mafhumnya:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan"

Ini ucapan yang kita ucapkan dalam munajat kita kepada Allah SWT ketika kita solat yang setiap hari tidak kurang 17 kali kita menyebutnya. Ucapan ini menggambarkan keikhlasan yang menjadikan kita hamba Allah swt, bukan hamba nafsu atau hamba emosi (negatifspt riyak, ujub takbur, sum'ah), bukan hamba dunia dan juga bukan hamba kepada manusia lain. dengan sikap ikhlas yang murni ini kita membebaskan diri kita dari segala penyembahan dan penyerahan diri selain Allah SWT,seperti perhambaan kepada wang, perempuan, minuman keras, perhiasan, penampilan, kedudukan, tahta, seks, tradisi yang merosakkan akidah dan segala bentuk penyembahan kepada dunia. 

Dan sewajarnya kehambaan kita adalah seperti yang disebut dalam Surah Al An'am :162-163 yang bermaksud:

" Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah swt, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertam-tama menyerhkan diri (kepada Allah)."

Wednesday 17 August 2011

THE DATE AND ITS USES AS DESCRIBED IN THE QUR'AN

In a number of Qur'anic verses, the humble date is honoured as one of the blessings of Paradise. (Qur'an, 55:68) When this fruit is examined, it can be seen to have a great many important features. One of the oldest known species of plant, the date is today a food of preference not only for its delicious taste but also for its nutritious properties. New benefits imparted by the date are being discovered every day and has come to be used as a medicine as well as a food. These features of the date are noted in Surah Maryam:
The pains of labour drove her to the trunk of a date-palm. She [Maryam] said, "Oh if only I had died before this time and was something discarded and forgotten!" A voice called out to her from under her, "Do not grieve! Your Lord has placed a small stream at your feet. Shake the trunk of the palm towards you and fresh, ripe dates will drop down onto you. Eat and drink and delight your eyes…" (Qur'an, 19:23-26)
There is considerable wisdom in the way that Allah recommends Maryam to eat this fruit. The date is an excellent choice of food for the pregnant women and for those who have just given birth. This is a widely accepted scientific fact. Maryam was inspired to understand this point, in order to make her own labour easier. The date has one of the highest sugar levels, 60-65%, of all fruits. Doctors recommend that pregnant women be given foods containing fruit sugar on the day they give birth. The aim behind this is to energise and revitalise the mother's weakened body and at the same time to stimulate the milk hormones and increase the levels of mother's milk essential to the new-born baby.
In addition, loss of blood during birth leads to a fall in body sugar levels. Dates are important from the point of view of enabling sugar to enter the body and prevent blood pressure from dropping. Their high calorific value strengthens people weakened by illness or suffering from extreme fatigue.
These facts reveal the wisdom in the way that Allah recommended Maryam to eat dates, designed to energise and invigorate the woman and ensure the emergence of milk, the only food for a baby. For example, the date contains more than ten elements of vital importance if the body is to remain healthy and energetic. Modern-day scientists state that human beings can actually live for years on nothing more than dates and water.110 V. H. W. Dowson, a recognised expert in this field, says that one grain of date and a glass of milk are enough to meet all of a person's daily nutritional requirements.111
The substance oxytocin, which is present in the date, is used in modern medicine to facilitate birth. In fact, oxytocin means "rapid birth." It is also known to increase levels of mother's milk after birth.112
Oxytocin is actually a hormone released by the pituitary gland which stimulates contractions of the womb during childbirth. All the pre-birth preparations in the body take place thanks to this hormone. The effects of the hormone can be seen in the muscles that form the mother's womb and in cells in the muscular structure that enables the secretion of mother's milk. The effective contraction of the womb is essential if birth is to take place. Oxytocin enables the muscles that comprise the womb to contract in a very powerful manner. Moreover, oxytocin also initiates the secretion of mother's milk. This feature of the date alone-the way it contains oxytocin-is important evidence that the Qur'an is the revelation of Allah. The medical identification of the benefits of the date only became possible in recent times. Yet it was set out fourteen centuries ago in the Qur'an that Allah revealed to Maryam that she should eat dates.
Dates also contain a form of sugar that gives the body high levels of mobility and heat energy and which can be easily broken down in the body. Furthermore, this sugar is not glucose, which rapidly raises the level of blood sugar but the fruit sugar fructose. A rapid rise in blood sugar levels in diabetics in particular has a damaging effect on a great many organs and systems, especially the eyes, kidneys, heart and circulatory system and nervous system. High blood sugar is one of the main causes of disorders as serious as loss of sight, heart attacks and kidney insufficiency.
Dates contain a great many vitamins and minerals. They are very rich in fibre, fat and proteins. They also contain sodium, potassium, calcium, magnesium, iron, sulphur, phosphorus and chlorine, as well as vitamins A, beta-carotene, B1, B2, B3 and B6. Some of the benefits of the vitamins and minerals in dates to the normal human body and especially during pregnancy can be summarised as follows:
  • The nutritional value of dates stems from the appropriate mineral balance within them. The date also contains folic acid, a B vitamin of great importance to pregnant women. Folic acid (B9) is a vitamin which serves important functions in the construction of new blood cells and of amino acids, the body's building blocks, and in cell renewal. The need for folic acid thus rises significantly during pregnancy and the daily requirement doubles. When folic acid levels are insufficient, red blood cells that are larger than normal but with lower functionality emerge, along with the symptoms of anaemia, appear. Folic acid plays a particularly important role in cell division and in the formation of the genetic structure of the cell and is the only substance daily requirements of which double during pregnancy. The date is exceedingly rich in folic acid.
  • On the other hand, the long-term nausea and physical reactions that appear during pregnancy do so because of a lack of potassium. Levels therefore need to be reinforced. In the same way that the large quantities of potassium in dates are of great importance in this regard, they are also important in regulating the water balance in the body. Moreover, by helping oxygen to reach the brain potassium enables one to think clearly. In addition, it provides the appropriate alkaloidal features for body fluids and stimulates the kidneys to expel toxic bodily wastes. It helps bring down high blood pressure and the formation of healthy skin.113
  • The iron contained in dates controls the synthesis of haemoglobin in the red blood cells and ensures an appropriate level of red cells in the blood. This is of vital importance in preventing anaemia during pregnancy and the development of the baby. Red blood cells play a role in keeping cells alive by carrying oxygen and carbon dioxide in the blood. Due to dates' high iron levels, a human being can meet his or her iron requirements by eating just 15 dates a day and will thus be protected from disorders arising from iron deficiency.
  • The calcium and phosphate in dates are important elements for skeletal growth and balancing the body's bone structure. The high levels of phosphorus and calcium in dates protect the body against bone weakness and help reduce such disorders.
  • Scientists also emphasise the way in which dates reduce stress and tension. Research by Berkeley University experts has revealed that dates contain high levels of vitamin B6, which strengthens the nerves, and magnesium, which is very important for the kidneys. A person can meet his magnesium requirement by eating just 2-3 grains of date a day.114
  • The vitamin B1 in dates facilitates the health of the nervous system, assists the transformation of the carbohydrates in the body into energy and the use of protein and fats to meet the body's needs. Vitamin B2 assists in the burning of protein, carbohydrates and fats for the provision of bodily energy and cell renewal.
  • The body's vitamin A requirement rises during pregnancy. Thanks to the vitamin A it contains, the date improves vision and bodily resistance and strengthens the teeth and bones. Dates are also especially rich in beta-carotene.115 Beta-carotene helps prevent cancer by controlling molecules that attack the cells.
In addition, unlike dates, other fruits are generally lacking in protein.116 Thanks to this feature, dates enable the body to protect itself against illness and infection, to renew cells and ensure fluid balance. Meat is also a useful foodstuff but maybe not as much as the date, which is a fresh fruit, especially at such a time. Indeed, excessive consumption of meat during pregnancy can actually lead to toxicity in the body. It is much better for pregnant women to choose fruit and vegetables, which are light and easily digested.
All these facts about dates reveal Allah's infinite knowledge and compassion for human beings. As we have seen, the benefits of the date, especially during pregnancy and only recently established by modern medical science, were indicated in the Qur'an many years ago.

Bolehkah Manusia Berkahwin dengan JIn

Beberapa hari lalu ada seorang pelajar bertanya berkaitan perkahwinan antara manusia dan jin. Jenuh juga mencari buku-buku rujukan berkaitan hal ni.  Tengah mencari mamaku dengan senang hati mempelawa buku yang dibacanya karangan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, "Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan. dalam buku ada diberi jawapan berkaitan persoalan ini.

Beliau menyatakan bahawa makhluk ini wujud dan boleh meyerupai rupa bentuk yang mereka kehendaki dengan izin Allah swt. Hanya yang menjadi persoalan boleh atau tidak mereka berkahwin dengan manusia?.

Daripada sumber sejarah, kita pernah mendengar Puteri Balqis seorang raja di zaman Nabi Sulaiman as., bapanya manusia sementara ibunya Balqmah binti Saisan dari kalangan jin. Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Salah seorang daripada ibu bapa Balqis ialah jin."

Namun dari sudut hukum pula Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 72 yang bermaksud:

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri)..."

Firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Allah, bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bahagia dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Daripada kedua - dua ayat ini jelas bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga, yang membolehkan kita rasa tenang, mentautkan kasih sayang dan saling mempercayai antara satu sama lain. Sekiranya isteri atau suami kita dari kalangan jin atau makhluk halus yang mungkin kita sahaja boleh melihatnya dan tidak oleh orang lain ataupun kita sendiri pun tidak boleh melihat mereka, bagaimana kita boleh mendapat ketenangan sepanjang kita melayari bahtera rumahtangga. Bagaimana kita nak meyakinkan orang lain bahawa kita telah berkahwin....?

Oleh itu dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada al-Zuhri katanya, Rasulullah SAW menegah manusia mengahwini jin. Berpandukan ayat-ayat dan hadith di atas, jumhur ulama' berpendirian tidak harus manusia mengahwini jin. Jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Jika berlaku perhubungan jenis, mereka dikira bersekedudukan dalam keadaan haram. Tetapi ada juga pendapat ulama yang menyatakan perkahwinan tersebut adalah makruh seperti Imam Malik bin Anas.

Sebagaimana yang kita ketahui syarat sah perkahwinan yang paling utama adalah agama sedangkan  berkaitan dengan jin atau makhluk halus ini tidak dapat kita pastikan keislaman mereka (jika ia mengaku jin Islam) kerana bolehkah kita terima pengakuan lisan daripada jin...hatta ia mengaku mempunyai pengetahuan yang luas tentang Islam pun kita masih boleh pertikaikan sebab di kalangan manusia yang kafir pun ada yang berpengetahuan luas tentang Islam bahkan ada yang menghafaz al-Quran dan Hadith (golongan Orientalis).

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yang menyatakan perkahwinan yang terbaik adalah sesama manusia. Hal ini telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh al Hakim daripada Aisyah ra yang bermaksud:

" Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta."

Wallahu 'Alam.

THE SUN WILL EVENTUALLY EXPIRE


And the Sun runs to its resting place. That is the decree of the Almighty, the All-Knowing. (Surah Ya Sin, 38)

The Sun has been emitting heat for around 5 billion years as a result of the constant chemical reactions taking place on its surface. At a moment determined by Allah in the future, these reactions will eventually come to an end, and the Sun will lose all its energy and finally go out. In that context, the above verse may be a reference to the Sun's energy one day coming to an end. (Allah knows the truth.)

The Arabic word "limustaqarrin" in the verse refers to a particular place or time. The word "tajree" translated as "runs," bears such meanings as "to move, to act swiftly, to move about, to flow." It appears from the meanings of the words that the Sun will continue in its course in time and space, but that this motion will continue until a specific, predetermined time.  The verse "When the sun is compacted in blackness," (Surat at-Takwir, 1) which appears in descriptions of Doomsday, tells us that such a time will be coming. The specific timing is known only to Allah.

The Arabic word "taqdeeru," translated as "decree" in the verse, includes such meanings as "to appoint, to determine the destiny of something, to measure." By this expression in verse 38 of Surah Ya Sin, we are told that the life span of the Sun is limited to a specific period, one ordained by Allah. Other verses of the Qur'an on the subject read:
Allah is He Who raised up the heavens without any support – you can see that – and then established Himself firmly on the Throne. He made the Sun and Moon subservient, each running for a specified term. He directs the whole affair. He makes the Signs clear so that hopefully you will be certain about the meeting with your Lord. (Surat ar- Ra'd, 2)

He makes night merge into day and day merge into night, and He has made the Sun and Moon subservient, each one running until a specified time. That is Allah, your Lord. The Kingdom is His. Those you call on besides Him have no power over even the smallest speck. (Surah Fatir, 13)

He created the heavens and the earth with truth. He wraps the night around the day and wraps the day around the night, and has made the Sun and Moon subservient, each one running for a specified term. Is He not indeed the Almighty, the Endlessly Forgiving? (Surah az-Zumar, 5)
The use of the word "musamman" in the above verses shows that the life span of the Sun will run for a "specified term." Scientific analysis regarding the end of the Sun describes it as consuming 4 million tons of matter a second, and says that the Sun will die when that fuel has all been consumed.1 The heat and light emitted from the Sun is the energy released when matter is consumed as hydrogen nuclei turn into helium in the nuclear fusion process. The Sun's energy, and therefore its life, will thus come to an end once this fuel has been used up. (Allah knows the truth.) A report titled "The Death of the Sun" by the BBC News Science Department says:
... The Sun will gradually die. As a star's core crashes inwards, it eventually becomes hot enough to ignite another of its constituent atoms, helium. Helium atoms fuse together to form carbon. When the helium supply runs out, the centre collapses again and the atmosphere inflates. The Sun isn't massive enough to fully re-ignite its core for a third time. So it goes on expanding, shedding its atmosphere in a series of bursts... The dying core eventually forms a white dwarf - a spherical diamond the size of the Earth, made of carbon and oxygen. From this point on the Sun will gradually fade away, becoming dimmer and dimmer until its light is finally snuffed out. 2
A documentary, also called "The Death of the Sun," broadcast by National Geographic TV, provides the following description:
It (the Sun) generates heat and sustains life on our planet. But like humans, the Sun has a limited lifespan. As our star ages, it will become hotter and expand, evaporating all of our oceans and killing all life on planet Earth... The Sun will get hotter as it ages and burns fuel faster. Temperatures will increase, eventually wiping out animal life, evaporating our oceans and killing all plant life... the Sun will swell and become a red giant star, swallowing up the nearest planets. Its gravitational pull will lessen and perhaps allow Earth to escape. By the end, it will shrink into a white dwarf star, emitting a week glow for hundreds of billions of years. 3
Scientists have only recently unravelled the structure of the Sun and discovered what goes on inside it. Before that, nobody knew how the Sun obtained its energy or how it emitted heat and light. The way that such a giant mass of energy would one day consume all its energy and expire was revealed 1400 years ago in the Qur'an shows the presence of a sublime knowledge. That knowledge belongs to our Lord, Whose knowledge enfolds all things. Another verse of the Qur'an reveals:
... My Lord encompasses all things in His knowledge so will you not pay heed? (Surat Al-An'am, 80)

Sunday 14 August 2011

Cantik Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah


Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam


Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.


Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami dengan mentaatinya dan membahagiakan jiwanya


Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menyayangi mentua setara ayah dan ibunya dan menyayangi ipar duai seumpama saudara sekandungnya serta menjauhi persengketaan.


Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi


Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit


Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara


Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf


Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektual 
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.

Saturday 13 August 2011

Lelaki Acuan Al-Quran.


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang
Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah
SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga
Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang
Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya, Yang Pelindung Yang Mempunyai
Ramai
Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang
Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang
Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh
Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk
Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan
Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh
Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang
Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan
Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
Buai an Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



Monday 8 August 2011

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA DARIPADA ALLAH SWT



Tsunami

1.  Harta negara mengalir ke tangan orang-orang tertentu sahaja.
2.  Amanah dijadikan wasilah untuk mendapat kepentingan tertentu.
3.  Zakat dijadikan sebagai hutang.
4.  Suami memperturuti kehendak isteri yang melampaui batas.
5.  Anak menderhaka kepada ibu bapanya.
6.  Anak yang derhaka kepada ibu bapa, tetapi berbaik-baik dengan kawan-kawan.
7.  Anak yang suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid – berlaku pertengkaran dan perbalahan.
9.  Yang menjadi ketua dalam sesuatu kaum ialah yang terhina di kalangan mereka.
10. Orang yang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya.
11.Arak diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.Para artis disanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi hari ini banyak melaknat generasi terdahulu ( golongan sahabat, tabi’in )


*Sebaik-baik orang yang menuntut ilmu adalah orang yang menuntutnya di dalam kekurangan.
(Imam al-Shafie)

kalam Allah di Bumi Rayyan

Listen to Quran

REHLAH DI KOLAM RAYYAN