CUKUPLAH BILA AKU MERASA MULIA KERANA ENGKAU SEBAGAI TUHAN BAGIKU DAN CUKUPLAH BILA AKU BANGGA BAHAWA AKU MENJADI HAMBA BAGI-MU. ENGKAU BAGIKU SEBAGAIMANA YANG AKU CINTAI, MAKA BERILAH AKU TAUFIK SEBAGAIMANA YANG ENGKAU CINTAI.
Monday, 20 June 2011
MAKNA AL-HAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH -bermaksud segala puji Allah (SWT) dan puji-pujian ini terbahagi kepada empat makna iaitu:
PERTAMA : Pujian yang Qadim bagi yang Qadim iaiatu pujian Allah SWT ke atas diri-Nya sejak azali lagi.
KEDUA: Pujian yang Qadim bagi yang Hadits iaitu pujian Allah Ta'ala ke atas Anbiya'-Nya dan Auliya'Nya seperti firman-Nya; yang mafhumnya:
"Sebaik-baik hambaKu iaitu ialah yang banyak bertaubat." As Shad:30
KETIGA: Pujian yang Hadits bagi yang Hadits iaitu manusia memuji manusia yang lain seperti dikatakan "Si anu itu sebaik-baik manusia."
KEEMPAT: Pujian yang Hadits bagi yang Qadim iaitu manusi memuji Tuhannya seperti berkata : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami hidayat."
Keempat-empat pujian ini kembali kepada Allah Ta'ala
PENGERTIAN PUJIAN
Dari segi bahasa : Pujian dengan kata-kata yang elok ke atas suatu keelokan ikhtiar sebagi suatu sanjungan
dari segi istilah : Pujian itu suatu perbuatan menyatakan sanjungan ke atas pemberi nikmat atas kedudukannya sebagai pemberi nikmat kepada orang yang memuji atau ke atas orang lain, sama ada pujian itu dengan kata-kata atau dengan hati atau dengan perbuatan anggota jasmani.
Petikan dari Kitab Aqidah Golongan Yang Selamat daripada Kesesatan dan Bid'ah (membicarakan ilmu usuluddin menurut Mazhab Alhi Sunnah wal Jamaah) oleh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment