Tinggallah Ingatan Rakan-rakan Blogger Di sini

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 9 July 2011

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Kita tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Jadi ikhlaskan hati mu wahai menantu untuk menyayangi ibu dan bapa mertua walau seburuk mana rupa atau semiskin mana pun mereka.......kerana individu yang menjadi suami atau isteri kita baik atau hebat adalah hasil didikan mereka ibu bapa mertua kita. Kejayaan suami atau isteri kita adalah hasil pengorbanan, didikan dan doa mereka.  Teruskan jalinan kasih sayang dan peliharalah silaturahim dengan mereka .....sementara mereka masih ada. 

Usah berpura-pura ...berilah dengan hati yang suci dan bersih kerana kepura-puraan boleh dirasai.....ingatlah kita juga akan punya anak menantu.........selain itu sayangilah adik beradik suami dan isteri kita....dengan ikhlas seperti adik beradik kita sedarah daging.....bahkan kita dapat rasai tiada terluak bahkan ramainya adik beradik kita...buanglah prasangka....jika ditegur untuk kebaikan terimalah teguran itu dengan rendah hati dan bersyukur kerana ada insan yang mahu jadi cermin kepada kita dan sentiasa menarik tangan kita supaya sentiasa berada di landasan yang Allah redhai.


Buat mama dan abah, mak (mentua), kasih sayang dan segala yang dicurahkan tak mampu Tie balas tapi terima kasih kerana menjadikan Tie sepertimana Tie hari ni dan terima kasih mak sebab dengan didikan mak, Art (suami) menjadi suami yang sentiasa mengutamakan keluarga dan menerima Tie dan keluarga Tie seadanya. Tie mohon ampun atas segala keterlanjuran sama ada yang Tie sedar ataupun tidak dan mohon halal segala apa yang mama,abah dan mak beri selama ini. Ya Allah rahmatilah mereka....dan bahagiakan mereka Ya Allah. Amin Ya Rabal Alamin.

Titipan dari seorang ibu, anak , menantu, kakak ipar dan adik ipar sherrynoorulartie al-kailani.

No comments:

Post a Comment

kalam Allah di Bumi Rayyan

Listen to Quran

REHLAH DI KOLAM RAYYAN