Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah SWT dari dua titisan dan dua kesan: titisan dari airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah swt. Adapun dua kesan adalah: kesan di jalan Allah dan kesan suatu perintah dari perintah-perintah Allah swt." (HR. Tirmidzi, 1669)
Imam Nawawi berkata: "Menangis ketika membaca Al-Quran itu adalah sifat dari orang yang arif bijaksana dan simbol orang -orang yang soleh."
Abdullah bin Amr bin Al Ash r.a berkata, "Sungguh saya menitiskan setitis air mata kerana takut kepada Allah swt itu lebih saya sukai daripada saya bersedekah seratus dinar."
Aun bin Abdullah r.a berkata, "Telah sampai berita kepada saya bahawa tidaklah air mata seseorang yang takut kepada Allah SWT itu terkena pada bahagian dari sesuatu tubuh, melainkan Allah SWT mengharamkan bahagian tubuh yang terkena air mata itu akan neraka."
Al-Kindi berkata, "Air mata yang mengalir dari tangisan kerana takut kepada Allah SWT itu sama keadaannya seperti mengalirnya air ke api neraka."
Ibnu Samak, telah melakukan penelitian tentang dirinya sendiri seraya berkata kepada dirinya, "Kamu berkata seperti perkataan orang-orang zuhud, namun kamu berbuat seperti perbuatan orang-orang munafik. Sekalipun demikian, kamu wahai jiwa, tetap meminta syurga. Mustahil, mustahil kamu akan dapat meraih syurga, kerana syurga itu milik golongan lain yang mereka memiliki satu gudang amalan selain dari yang kita kerjakan."
Menangis adalah tanda keikhlasan dan bukti yang menunjukkan rasa takut kepada Allah SWT. Dengan demikian, atas rasa takut ini kita menghalang kita melakukan kemaksiatan di hadapan mahupun di belakang manusia lain. rasa takut ini juga mendorong kita melakukan ketaatan bagi memantapkan keikhlasan sehingga mengalirkan air mata kerana cemas dan mengharapkan Rahmat Allah SWT.

No comments:
Post a Comment