Tinggallah Ingatan Rakan-rakan Blogger Di sini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 2 August 2011

Setitik Air Mata Sejuta makna

Sifat Tangisan Rasulullah SAW

Imam Ibnu Al-Qayyim r.a telah membuat rumusan tentang keadaan dan sifat tangisan Rasulullah SAW. Beliau menerangkan sifat tangisan bainda dengan penjelasan yang sangat tepat.

"Sifat tangisan Rasulullah Saw sama sepereti sifat tertawa baginda. Tangisan baginda tidak tersedu-sedu dan juga tidak dengan suara yang kuat. Sama sseperti ketawa baginda tidak terbahak-bahak. Namun, mata baginda menitiskan air mata hingga melelh dan di dada baginda terdengar suara mendidih. Kandangkala baginda SAW menangis kerana rasa kasih sayang terhadap orang yang meninggal. Kadangkal baginda menangis kerana rasa takut dan belas kasihan kepada umatnya.

"Kadangkala baginda menangis kerana rasa takut kepada Allah SWT. Kadangkala baginda menangis kerana mendengar bacaan Al-Quran. Baginda menangis ketika mendengar bacaan Al-Quran kerana didorong oleh rasa rindu, cinta dan mengagungkan, di samping didorong oleh rasa takut dan cemas. Baginda menangis dengan air mata bercucuran ketika Ibrahim, anakanda baginda baginda meninggal dunia. Baginda SAW menangis kematian Ibrahim itu didorong rasa kasih sayang kepadanya.

"Baginda juga menangis ketika menyaksikan salah satu cucu baginda sedang menghadapi sakratul maut yang diikuti nafasnya tersekat-sekat. Baginda SAW  juga menangis ketika mendengar bacaan Surah An-Nisa'dari Ibnu Mas'ud di hadapan baginda. Baginda juga menangis ketika  wafatnya Uthman bin Mazhtun r.a. Baginda menangis ketika gerhana matahari dan ketika baginda mengerjakan solat gerhana. baginda juga menangis ketika duduk di kubur salah satu puteri baginda. Dan kadangkal mennagis ketika baginda solat malam.

No comments:

Post a Comment

kalam Allah di Bumi Rayyan

Listen to Quran

REHLAH DI KOLAM RAYYAN