Sejauhmana kita sudi ditegur adalah sejauhmana kita mahu mendengar kebenaran kekurangan, kesilapan, kesalahan diri kita dari orang lain terutama daripada orang-orang yang terdekat dengan kita, suami, isteri, ibu,bapa, mentua, abang, kakak, adik, atau yang lebih tua atau lebih muda dari kita. Apa yang menyebabkan kita sukar menerima teguran kerana kita sentiasa berasa dan berfikir kita betul,benar, dan rasa selamat dengan kebaikan yang pernah kitalakukan. Kita sentiasa berfikir bahawa 'syurga itu dekat dan neraka itu jauh', kita rasa dan fikir hidup itu panjang dan mati itu jauh, kita terlalu yakin amalan kebajikan menjadikan kita rasa selamat sehingga kita lupa kita manusia biasa yang ada kesilapan dilakukan tanpa kita sedari ia suatu kesalahan dan suatu dosa. Ya, yang pasti kita sombong dan degil.
Kita bercakap atau berkata-kata atau bertingkah laku tanpa memperkira kelukaan orang yang mendengar dan melihat. Apa yang kita mahu kehendak dan keinginan kita dipenuhi dan diikuti sehingga kita sanggup mengenepikan perasaan, kehendak dan keinginan orang lain. Bukankah ini juga suatu dosa...seingat kita pernahkah ibu, ayah, mentua, suami atau isteri kita tidak memenuhi kehendak kita....apa salahnya kita mendengar permintaan, teguran dan nasihat mereka kerana mereka insan-insan yang berjasa terhadap kita dan penyebab kebahagiaan kita.
Sebagai anak terutama anak lelaki kita perlu sentiasa merendah diri di hadapan mereka, usah menunjukkan kita ini lebih bijak dari mereka kerana asalnya kita ini jahil dan menjadi bijak atas jasa mereka. Jadi belajar mendengar nasihat dan teguran walauun perkara tersebut kita sudah tahu. Ingat ia adalah peringatan dan muhasabah untuk kitasebab kekadang kita lupa dan lalaidan selalu take for granted kerana kita dah tahu. mungkin mereka tiada ijazah bergulung tetapi sangat kaya dengan pengalaman yang tidak dapat diperolehi di bilik darjah atau di dewan kuliah. Sebagai suami kita harus melihat amanah untuk menegur dan mendidik isteri dengan sentiasa mengingati isteri untuk tidak menuruti nafsunya yang sembilan...(sehingga kita pula dikawal oleh nafsu isteri). Kita harus mendidik isteri mengutamakan Allah swt, Rasulullah SAW dan suaminya dan memuliakan dan menyayangi keluarga suaminya. Kita sebagai menantu pula menghormati dan menyayangi mentua dan keluarga isteri. Namun dalam meletakkan keutamaan dan kebaktiaan adalah kepada kedua ibu bapa selagi mana mereka masih hidup...jika sudah tiada silaturahim kita dengan ahli keluarga yang masih ada diteruskan. Sebagai isteri , manantu dan ipar kita harus bersedia menerima teguran dan nasihat dari suami, mentua,ipar kerana mereka mahukan kita sentiasa dalam kebaikan dan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Sebagai kakak dan abang apa salahnya kita memecah sedikit keegoaan untuk menerima kata-kata yang membawa kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.Sebagai adik juga apa salah kita mendengar dengan sabar nasihat dan teguran kakak dan abang kerana tiada yang mahu melihat kita binasa di dunia apatah lagi di akhirat.
Diri ini juga banyak kesalahan dan dosa yang dilakukan tegurlah diri ini demi akhiratnya kerana suami, ibu bapa, mentua, adik beradik dan ipar adalah cermin yang sedia menunjukkan kecelaan di 'wajah'. Suamiku isterimu ini sentiasa ingin melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh ketakwaan dan kita sentiasa meletakkan keutamaan Allah swt, Rasulullah SAW dan kedua ibu bapa kita dan anak-anak yang mewarnai kehidupan yang sementara ini dan sementara kita diberi peluang untuk melakukanya.....setiap hari adalah hari kita memperbaiki diri......dan esok belum pasti kita berpeluang lagi...
No comments:
Post a Comment