Tinggallah Ingatan Rakan-rakan Blogger Di sini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 22 August 2011

Sejauh mana kita ikhlas


Ikhlas merupakan salah satu amalan hati bahkan ia berada di barisan permulaan dari segala amalan-amalan hati yang lain.Ini kerana semua amalan tidak sempurna kecuali dengan keikhlasan. Ikhlas bermaksud menginginkan keredhaan Allah semata-semata tanpa dinodai dengan nilai kepentingan peribadi atau kepentingan dunia yang lain secara jelas atau tersembunyi. Antara kepentingan peribadi atau duniawi ialah inginkan harta, memuaskan nafsu syahwat, kedudukan, supaya dihormati/disanjungi,tidak ingin dicela, atau berhasrat mengambil kesempatan, mempunyai perasaan dengki yang tersembunyi atau sombong yang terselindung dan sebagainya. Semua yang dilakukan kerana selain dari mencari keredhaan Allah makaia tidak dikira ikhlas.

Keikhlasan yang dilakukan kerana Allah swt merupakan salah satu buah-buah tauhid yang sempurna kepada Allah swt iaitu menunggalkan ibadah dan isti'anah (memohon pertolongan) kepada Allah swt seperti yang disebut dalam Surah al Fatihah ayat 5 yang mafhumnya:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan"

Ini ucapan yang kita ucapkan dalam munajat kita kepada Allah SWT ketika kita solat yang setiap hari tidak kurang 17 kali kita menyebutnya. Ucapan ini menggambarkan keikhlasan yang menjadikan kita hamba Allah swt, bukan hamba nafsu atau hamba emosi (negatifspt riyak, ujub takbur, sum'ah), bukan hamba dunia dan juga bukan hamba kepada manusia lain. dengan sikap ikhlas yang murni ini kita membebaskan diri kita dari segala penyembahan dan penyerahan diri selain Allah SWT,seperti perhambaan kepada wang, perempuan, minuman keras, perhiasan, penampilan, kedudukan, tahta, seks, tradisi yang merosakkan akidah dan segala bentuk penyembahan kepada dunia. 

Dan sewajarnya kehambaan kita adalah seperti yang disebut dalam Surah Al An'am :162-163 yang bermaksud:

" Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah swt, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertam-tama menyerhkan diri (kepada Allah)."

No comments:

Post a Comment

kalam Allah di Bumi Rayyan

Listen to Quran

REHLAH DI KOLAM RAYYAN