Adakah makhluk halus benar-benar wujud?
Dalam kamus Dewan, makhluk halus diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, puntianak, langsuir, pelesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.
Semua istilah ini terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-Jinn, Jinni, Jinnah, syaitan, Iblis, Ifrit dan sebagainya.
Dalam kamus Arab yang terkenal seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sihah dan lain-lain menyatakan erti bagi istilah yang disebutkan di atas bermaksud, roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam dengan pelbagai-pelbagai cara.
Sekiranya kita merujuk kepada al-Quran dan hadith-hadith nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istilah yang sama. Al-Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, Iblis, Ifrit dan sebagainya.
Dalam hadis yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khinzab, Aamir, Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan hadis merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun ruh-ruh jahat yang menganggu manusia dengan berbagai-bagai cara.
malahan di dalam Al-Quran dlam Surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman dengan maksudnya :
" Dan (ingatlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran, setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), "Diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!". Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Disebutkan juga dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan hadis Ibnu Abi Hatib, dari Mujahid bahawa Nabi s.a.w pergi bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.
Oleh yang demikian memang wujud dan wajib dipercayai ia benar-benar wujud. Pada pandangan saya yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja, walhal ianya adalah makhluk yang sama.
Sama ada ia hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya adalah makhluk halus yang wajib dipercayai wujudnya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran.
Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment